Showing posts with label Reviews. Show all posts
Showing posts with label Reviews. Show all posts

Monday, March 14, 2011

BRTC BB Cream - For Blemish Skin




Menutup cela dengan sempurna...malahan, ia tidak memberikan kesan berminyak, wajah berkilat mahupun menambahkan masalah kulit yang sedia ada.  Itulah keistimewaan BRTC BB Cream untuk kulit bermasalah.  Ia adalah penyelesaian untuk kulit anda. 

Kami mencuba BB Cream ini untuk dua kondisi wajah iaitu 1) kulit berminyak dan senang berjerawat, dan 2) Kulit kering dan berpigmentasi.  Kedua-dua testimoni memberikan respon positif malahan sangat menggemari teksturnya yang mudah untuk disapu.

Namun, setiap produk pasti ada baik dan buruknya.  BB Cream ini tidak boleh diaplikasikan dua kali, iaitu selepas satu sapuan, anda mahu mengulangi untuk lapisan kedua, ia tidak akan rata dan membuatkan solekan berbelak, 'pecah' dan tidak rata.  Sekali sapuan dan ratakan, sudah mencukupi. 

Tetapi, penulis merasakan, sekiranya sapuan BB Cream tidak dimulakan dengan menyapu pelembap wajah terlebih dahulu, teksturnya akan menjadi kesat.  Dengan meratakan aplikasi pelembap wajah terlebih dahulu, sapuan BB Cream akan lebih menyenangkan, licin dan rata.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang hanya mempunyai cela samar-samar dan tidak terlalu kronik, sapuan nipis sudah memadai dan ia menampakkan solekan anda begitu alami.  Namun, sekiranya wajah anda terlalu kronik dan parut berwarna kehitaman, anda harus menggunakan penyamar noda untuk membantu menampakkan solekan lebih rata.

Oh ya...bau farmaseutikal agak kuat pada mulanya, namun, ia hilang selepas beberapa minit.  Tetapi, bauan itu meninggalkan kesan psikologi positif iaitu kita merasakan wajah sedang dirawat sempurna.  Ya, ia positif dan positif sangat bagus untuk kecantikan! LOL...=)

Satu keistimewaan BRTC BB Cream ini adalah ia tetap kekal cantik biarpun kulit terdedah kepada mentari.  Ia akan meninggalkan sedikit warna merah jambu, nampak alami dan sedikit comel...*blush*

Di Malaysia, terdapat beberapa blog yang menjual BRTC secara online, namun harganya berlainan.  www.glossypot.com menawarkan harga RM85 + RM5 untuk kos penghantaran, dan ia adalah yang paling murah setakat ini. 

Sekiranya anda mahu mencari BB Cream lain dibawah jenama BRTC, sila klik www.brtcstore.com . 

***Rules of cleansing that you have to obey especially when you started on BB Cream...

Triple, double cleasing Beauties!  Refer to Kao Biore Cleansing Oil article for more information on perfect cleansing.

Sunday, March 13, 2011

Kao Biore Cleansing Oil

Kulit yang sihat bermula daripada pembersihan yang menyeluruh.  Penggunaan alat solek serta perubahan cuaca, pasti sedikit-sebanyak memberikan kesan negatif kepada kulit.  Wajah yang mulus boleh diperolehi dengan mudah sekiranya sedikit masa diluangkan untuk mencuci sisa solekan, kotoran, habuk dan sebum berlebihan.  Jangan malas wahai jelita, kerana sekiranya wajah licin itu menjadi idamanmu, harus bermula daripada corak pembersihan serta produk yang dipilih.

Kao Biore Cleansing Oil, ia menjanjikan lebih daripada hanya mencuci solekan, sebum berlebihan dan maskara kalis air.  Malahan, ia menyegarkan dengan bauan epal hijau serta langsung tidak meninggalkan kesan berminyak.  Pasti ramai wanita was-was untuk mencubanya tambahan kerana tidak banyak promosi keatasnya, namun ia adalah produk No 1 di Jepun.  Ya, namanya juga Cleansing Oil, namun percayalah, ia tidak langsung memberikan minyak tambahan ke wajahmu. 

Anda tidak perlu membawa bebola kapas atau mencari plastik untuk membalut penutupnya kerana risau tertumpah, ia tercipta untuk dibawa kemana-mana.  Hanya picit sedikit minyak pembersih di telapak tangan, urut di wajah perlahan-lahan dan anda akan merasakan segala kotoran, minyak dan solekan hilang.  Selepas itu, hanya cuci dengan air bersih.  Ulang jika perlu.  

Testimonial produk ini kami cuba sendiri, dan sememangnya ia berkesan.  Namun, untuk maskara yang super tebal atau solekan yang berlapis-lapisan, produk ini mempunyai tekstur yang sangat ringan.  Ia tidak mampu untuk bekerja 'sekuat' itu dalam sekali bilas.  Jadi, apa yang perlu lakukan adalah 'triple cleansing' iaitu :
1. Bersihkan wajah dengan tisu basah atau tisu pembersih solekan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, bersihkan sisa solekan dengan Kao Biore Cleansing Oil, ia meresap jauh ke dalam untuk proses pembersihan berkesan.
3. Kemudian, tamat proses pembersihan dengan sabun pencuci wajah.

Dengan harga kurang daripada RM12 di Watson's, pasti ia salah satu produk yang harus anda perolehi.  Namun, harus diingat bahawa setiap testimonial adalah mengikut jenis kulit masing-masing.  Kami mencuba ke atas kulit kombinasi dan kering.  Kedua-duanya tidak mengadu kulit merengsa atau berminyak.
 

Blog Template by YummyLolly.com