5 best places to go with kids and your beloved partner :
1) Legoland
Jika anda terfikir untuk ke Selatan tanah air, Legoland merupakan tempat persinggahan terbaik kerana ia syurga kepada kanak-kanak. Taman ini mempunyai 7 daya tarikan utama iaitu : The Beginning, Lego Technic, Lego Kingdoms, Imaginations, Lego City, Land of Adventure dan Minland selain lebih daripada 40 tempat menarik, pertunjukan dan daya tarikan.
Taman ini merupakan taman imaginasi kanak-kanak di mana dengan lebih daripada 30 juta binaan model Lego menjadikan kanak-kanak berkhayal dalam dunia imaginasi mereka di samping membayangkan diri mereka sebagai hero.
Tiket masuk : Gunakan pas masuk tahunan legoland setiap hari termasuk hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah sepanjang tahun.
Ticket |
Current price |
From 15th December 2012 onwards | |
LEGOLAND Annual Pass (Adult, 12-59 years old) | RM275 / SGD115 | RM325 / SGD135 | |
LEGOLAND Annual Pass (Child, 3-11 years old) | RM210 / SGD88 | RM255 / SGD106 | |
LEGOLAND Annual Pass (Senior, 60+ years old) | RM210 / SGD88 | RM255 / SGD106 |
Maklumat lanjut layari : www.legoland.com.my
Maklumat tiket: http://www.legoland.com.my/Tickets/
2) I-City, Klang. Shah Alam
Di I-City anda berpeluang membawa anak-anak dan keluarga bermain di taman tema air selain berpeluang membawa mereka ke Snow Walk dan menaiki kabel melintasi laluan bercahaya selain berpesta cahaya lampu pada malam hari.
I-City Water Park, lebih sesuai untuk anak-anak kecil kerana mempunyai kolam air Aladdin, kolam kecil untuk berenang serta kolam ombak. Terdapat juga gelongsor air yang disediakan. Untuk masuk ke dalam, anda perlu menyediakan wang tunai yang cukup, tidak boleh membawa makanan dan minuman daripada luar, serta kesemua urusniaga adalah dalam bentuk point yang dibekalkan di dalam pas masuk berupa jam tangan mainan.Anda tidak perlu risau berada di sini kerana mereka sangat mengambil kira faktor keselamatan anak-anak anda.
Layari : i-city.my untuk maklumat lanjut
3) Bukit Gambang Water Park, Pahang
Di kawasan seluas 17.1 ekar tasik, 24,000 kaki persegi Wave Pool dengan 8 model gelombang, Raft Ride keluarga terpanjang dan 6-lane racer slide dengan papan luncur. Water Park Bukit Gambang menawarkan pakej percutian penuh keseronokan terutama yang mempunyai ramai anak kecil dan remaja. Coco Beach, Coco Island dan Three Top Hill Side merupakan tempat tumpuan utama taman tema air ini.
Perjalanan sejauh dua jam daripada KL atau Selangor membuatkan penginapan di Hotel Bukit Gambang Resort City satu idea yang bijak. Terletak 35 km daripada Kuantan, Bukit Gambang Resort City tempat percutian yang menyediakan tempat istirehat yang selesa seperti karoke, gim, Games Room, Steam-bath, kolam renang dan Indoor Board Games. Yang gemar aktiviti lasak, anda berpeluang untuk Pony ride, Horse-carriage ride, Tram ride, Jungle Trekking, Paintball and warzone, ATV Fun Ride dan flying fox.
Harga promosi taman tema air RM 23.90 (dewasa) dan RM 16.90 untuk kanak-kanak.
Buget : 2H1M RM 400, 3H2M RM 600 di Bukit Gambang Resort City.
Layari www.bgrc.com.my untuk maklumat lanjut
4) A'Farmosa Water World, Melaka
Syurga kanak-kanak dan ibu bapa. Di sini bukan sahaja anak-anak dan anda boleh bermain dengan The Largest Water Park in Malaysia tetapi di Safari Wonderland, anda berpeluang menikmati keseronokan lain seperti Safari Adventure, Monkey Island, Walk and Feed Walk Thru Area dan Farm House.
Kolam yang sejuk dengan dua gelongsong air yang besar serta laluan air panjang membuatkan separuh hari anda akan habis di sini dan sebelah petangnya pula anda boleh melawat ke Safari Wonderland dan Cowboy Town.
Team Park Rate :
Walk In Rate | Weekday | Weekend |
Adult | Child | Adult | Child | |||
Safari Wonderland | RM 59 | RM 49 | RM 62 | RM 52 | ||
Water Theme Park | RM 35 | RM 25 | RM 40 | RM 30 | ||
Cowboy Town | RM 50 | RM 40 | RM 50 | RM 40 | ||
Cowboy Town + 4D | RM 65 | RM 55 | ||||
Promotion for Malaysian / Singaporean * Package Include 1 Set Lunch |
||||||
Safari Wonderland | RM 45 | RM 35 | RM 48 | RM 38 | ||
Water Theme Park | RM 35 | RM 30 | RM 40 | RM 35 | ||
Cowboy Town | RM 30 | RM 25 | RM 30 | RM 25 | ||
Cowboy Town + 4D | RM 45 | RM 40 | ||||
Ada Water Team Park untuk kanak-kanak walaupun menginap di hotel yang sedikit kurang selesa. Selain boleh bermain air di pantai Port Dickson, di sini anda berpeluang untuk joy ride with bicycle, karoke, serta bermain di taman tema air yang disediakan untuk berehat serta bilik kecil untuk permainan kanak-kanak. Namun anda harus membayar harga tiket yang lain untuk masuk ke taman tema air ini.
Sekiranya anda tidak menyukai penginapan yang disediakan, ada puluhan lagi hotel selesa berhadapan dengan pantai untuk privasi ketika mandian di pantai.