Wanita berlumba-lumba untuk cantik, tetapi kecantikan wanita yang sebenar adalah yang pertama pada hatinya dengan mempunyai nilai-nilai mulia- baik, tidak menganiaya, tidak cemburu, mengutamakan orang lain, dsb. Ia kemudian disulami dengan tutur kata dan perwatakan yang manis, bersopan dan berhemah
Lalu peribadi itu terhias indah dengan wajah yang cantik dan molek kerana wajah yang cantik molek sahaja bukan pakej lengkap untuk sebaik-baik wanita. Wanita yang dilahirkan cantik pula mempunyai tanggungjawab yang berat, dugaan yang besar dan jika ianya tidak dijaga dan dikawal, akan memusnahkan diri sendiri.
Tidak kira jenama make-up, pakaian atau aksesori, 'hati' yang cantik dan bersih adalah kecantikan sebenar-benar bagi seorang wanita untuk manusia yang tahu menilai...
Sunday, January 20, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)