Saturday, January 5, 2013

How To Budget For Your School Kids (First Day At School)

Morning beauties ! Beauty comes from heart so anybody who read this entry is beauty for us...

My First Day At School - for children

Kami ingin berkongsi sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu pertama kali menghantar anak yang masuk ke Darjah Satu untuk sesi persekolahan 2013. Ianya sangat meletihkan and most parents love to take leave just to assure their children are in a good condition especially the moms.

Kalau anak yang sudah pernah melalui Pra-Sekolah atau Tadika sebelum ini, tidak akan mempunyai masalah
untuk menyesuaikan diri pada hari pertama mereka. Cuma tugas parents adalah memastikan mereka 'faham' dan 'tahu' mengenai perubahan persekitaran tempat pembelajaran mereka seperti di mana letak kelas, bagaimana membeli dan makan di kantin, bagaimana membeli makanan menggunakan duit belanja yang diberikan, pukul berapa masuk kelas, mengingatkan nama kelas, bagaimana ke tandas, apa perlu dilakukan sebaik sampai sekolah dan bagaimana untuk pulang sekolah.

Kebanyakan parents susah hati dan risau dengan perkembangan anak mereka kerana khuatir anak mereka tidak dapat menyesuaikan diri. Di sini terletaknya kecekapan guru yang memastikan murid-murid ini terkawal dan parents harus menyerahkan sedikit kepercayaan itu kepada guru yang dipertanggungjawabkan. 

Keadaan menjadi sedikit rumit bila anak-anak ini terpaksa menaiki bas ataupun van pengangkutan di mana parents kena guide mereka untuk mengenali van ataupun bas yang dinaiki dan supaya mereka menepati masa dan tidak ketinggalan pengangkutan ini. Untuk anak-anak yang biasa berdikari, tempoh sehari-dua hari sudah memadai untuk mereka faham kesemua perubahan-perubahan ini.

Satu lagi perkara yang perlu diuruskan parents secara terperinci adalah mengenai yuran, buku teks, keperluan ko-kurikulum, buku latihan, buku aktiviti dan buku teks pilihan.

Tip perbelanjaan : 
1) Untuk parents yang makan gaji, selalunya gaji bulan November adalah untuk membeli barangan keperluan sekolah seperti pakaian, kasut, alat-tulis
2) Gaji bulan Disember adalah untuk proses urusan kemasukan anak termasuk buku teks, barangan ko-kurikulum, buku latihan, buku aktiviti 
3) Ada juga parents yang meminta ehsan daripada sekolah untuk melanjutkan tempoh pembayaran yuran tahunan anak-anak mereka hujung bulan setelah mendapat bayaran gaji bulan Januari dan ini tergantung kepada budi bicara pihak sekolah. 
4) Sekiranya anak anda belajar di KAFA atau sekolah agama pilihan, yuran dibayar secara tahunan atau bulanan. Sekiranya anda, tidak berfikir untuk berpindah rumah dalam tempoh setahun, elok anda membayar yuran penuh setahun, namun sekiranya tidak pasti mengenai lokasi perumahan seterusnya, sebaik-baiknya anda membayar yuran secara bulanan. 

Tip Pembelian Barangan Keperluan Sekolah :
1) Selalunya sekolah menyediakan koperasi yang telah mempunyai senarai buku latihan, aktiviti dan keperluan seperti tali leher, lencana, tanda nama yang perlu dibeli. Namun parents harus bijak mengenalpasti senarai ini kerana bukan semua senarai yang terkandung di dalamnya 'perlu' dibeli. Contohnya : Buku Pilihan adalah senarai buku yang tidak digunakan di dalam kelas tetapi adalah untuk anak-anak membuat latihan di rumah. Ianya tidak semesti dibeli atau boleh dibeli secara berperingkat mengikut keperluan anak.
2) Pastikan buku yang dibeli di koperasi harganya lebih murah daripada yang terdapat di pasaran
3) Untuk elak pembaziran, periksa buku yang pernah digunakan oleh anak anda sebelum ini yang boleh digunapakai sekali lagi oleh anak seterusnya
3) Buku teks diberikan secara percuma
4) Pakaian ko-kurikulum tidak semestinya dibeli mengikut logo sekolah, ada kalanya harga di luar lebih murah dengan apa yang ditawarkan oleh koperasi atau sekolah. Anda boleh membuat pengecualian pembelian seluar senaman dengan mendapatkannya di sekolah
4) Terdapat segelintir perbelanjaan seperti alatan muzik, buku muzik yang tidak perlu dibeli terlebih dahulu kerana ia bergantung kepada bila alat-alat ini akan digunakan

Kami mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi tip pengalaman hari pertama anak anda ke sekolah untuk dikongsikan dengan para pembaca.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com