Hi Beauties... Untuk beauties yang mempunyai anak dan tidak pernah berpengalaman mendaftar atau menghantar mereka ke sekolah, kami ingin berkongsikan sesuatu dengan anda. And for beauties yang tidak mempunyai kediaman yang tetap seperti masih menyewa anda terpaksa melalui pengalaman penukaran sekolah anak yang memerlukan sedikit konsentrasi anda.
Tip Perbelanjaan :
1) Penghantaran sekolah anak bergantung kepada potensi diri anak dan apa yang anda inginkan daripada anak. Jika menguasai Bahasa Inggeris atau Matematik, anda sudah perlu kenalpasti tadika yang menyediakan pembelajaran Bahasa Inggeris atau Matematik yang bagus. Jika menguasai Bahasa Arab atau aliran agama, atau Bahasa Cina, anda juga sudah perlu mengenalpasti tadika yang menyediakan perkhidmatan ini. Perancangan awal perlu supaya anda mempunyai cukup budget dan mempunyai perancangan tersusun untuk setiap anak anda.
2) Mempunyai tabung simpanan seawal usia anak masih bayi atau setahun adalah baik sebagai langkah awal persediaan mereka ke sekolah.
3) Jika anda merancang Pra-Sekolah untuk anak anda, pastikan mereka mendaftar awal kerana Pra-Sekolah kerap penuh.
Tip Pendaftaran Sekolah Anak Di Daerah Selangor :
Pendaftaran Internet
- Lawati laman web rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor <http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/> untuk menghantar maklumat peribadi anak anda. (Pastikan anda tidak menunda pendaftaran).
- Pastikan anda telah membaca ‘PENGENALAN SISTEM‘ dan ‘TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN‘ sebelum anda meneruskan dengan pendaftaran.
- Setelah membaca maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan, anda bolehlah meneruskan untuk mendaftar menggunakan ‘Borang Permohonan ONLINE‘ untuk mendaftar secara online.
- Setelah semua langkah disiapkan, anda boleh menunggu keputusan penempatan akan diumumkan dengan melawat ‘SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID‘. Anda hanya akan perlu untuk menaipkan nombor MyKid anak anda.
- Setelah mengisi borang secara online, anda perlu melawat sekolah yang telah didaftarkan. Dokumen berikut diperlukan jadi bawa sekali salinan asli dan juga fotokopi
- Bil daripada alamat yang digunakan (bil telefon, air atau tenaga)
- Sijil kelahiran anak anda
- Kad MyKid
- Kad pengenalan anda (ayah dan ibu)
- Sijil perkahwinan
- Kembali sampul surat (sampul surat dengan alamat berdaftar bertulis dan ditampal setem)
- Yuran RM 10.00 bergantung kepada sekolah
Tip Perpindahan Sekolah Anak Yang Telah Didaftarkan Ke Sekolah Lain
1) Berjumpa dengan pihak sekolah anak terlebih dahulu untuk mengecop sijil kelahiran (sekiranya pendaftaran tahun pertama untuk anak). Untuk Darjah Satu ke atas, perlu ke sekolah untuk dapatkan fail peribadi murid, proses pemulangan atau peminjaman buku teks, surat pertukaran sekolah yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.
2) Hadirkan diri ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghantar borang permohonan tersebut dan bagi mendapatkan pengesahan pendapatan. Anda akan diminta untuk hadir sekali lagi bagi mengambil keputusan penempatan.
3) Hadir ke sekolah anak dengan membawa dokumen diperlukan iaitu, sijil kelahiran, surat beranak anak, surat beranak ibu bapa, sijil kahwin ibu bapa, kad pengenalan anak atau MYKid, kad pengenalan ibu bapa, fail peribadi murid, surat pengesahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan bil alir, elektrik atau tenaga. Satu salinan fotokopi turut diperlukan untuk setiap dokumen.
[Disclaimer: Sila selalu semak maklumat dengan laman rasmi untuk maklumat terkini. Pihak kami tidak bertanggung jawab terhadap semua perubahan atau kesalahan yang dibuat pada artikel ini.]
0 comments:
Post a Comment