Thursday, April 7, 2011

April Hijabis!

Thursday, March 31, 2011

April - The month of Hijabs!

It's April...already!  April, is the month of hijabs!  We will promotes and giving infos about the trend of hijabs in this month.

Watch us out!

*** Any blogshops who wanted us to promote your stuff, kindly email us!  Thank you.

Saturday, March 26, 2011

Skip skip away!

Skipping or jumping rope is a common exercise done by various circles. This type of requires only a rope. Skipping is also very beneficial for the formation of your healthy body! Try ir ladies, because it's easy, fun and non expensive!

Sports using a rope usually is to move every muscle in your body.  That's the main concern. That's why skipping is believed to burn fat and shape your body to become leaner and ideal.  Easy huh? Why wait, let's try it now!

 How to do it, it’s too easy. Every time there is quiet time, skips wherever you want with doing movement like jumps as much as 30 times then rest for 30 seconds. Give time for your heart rate to return to normal and then do again, repeat the same movements at least 3 rounds.

For speed, do it gradually. The more you jump, The more sweats and fats u burn.  But upon entering the twentieth jump, slowed down your routine so that you can set the heart rate but to it's normal circumstances.

 Easy to do, good luck.

Friday, March 18, 2011

Mengilatkan kasut kulit / How to Polish Leather Shoe

1- Gunakan ubat gigi yang dicalitkan pada perca kain dan kemudian gosokkan pada kasut sehingga berkilat.

2- Lap kasut menggunakan span yang dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Kemudian gunakan wax untuk mengilatkan kasut.


3. Mengilatkan kasut dengan menggunakan olive oil sehingga berkilat.


4. Mengilatkan kasut baldu. Semburkan Suede Protector Shoe ke atas kasut. Gunakan Suede Cleaning Brush untuk membersihkan permukaan kasut. Gunakan pisau kecil untuk menghakis baldu yang terlebih, dan pemadam pensil untuk membersihkan kotoran pada kasut. Akhir sekali balut kasut dengan kertas tisu sebelum menyimpannya di dalam kotak kasut.

Wednesday, March 16, 2011

5 Dinners, 5 Looks

Oh dinner tonite?  Tapi seakan jemu dengan heels. No need to worry. Nowadays people live in style. Yang suka heels, can go ahead, yang cintakan flat and strap, there you go, siapa kata tidak boleh bergaya. Asal saja, pandai bawa diri, yang digayakan pasti berkenan di hati.

1. Peep Toe Flats
Jika anda tidak memakai kasut tinggi, namun anda perlukan kasut yang sesuai untuk dres, peep toe flat adalah pilihan yang terbaik. Namun bukan semua peep toe flats adalah sesuai untuk dress, tetapi sebahagiannya mempunyai rekaan yang sama cuma bezanya di bahagian tapak. Peep toe flats selain daripada dress, juga sesuai untuk skirt dan seluar ketat.
Tip ketika mencari peep toe flat :
1. Elakkan kasut yang mudah bergulung, mudah mengembang, atau kasut yang terlalu lembut di dalam.
2. Elak kasut yang diperbuat daripada getah, plastik atau jeli. Kasut ini kelihatan tidak formal.
3. Pilih dari jenis kulit, suede, campuran kulit dan fabrik.
3. Ringkas dan mempunyai ciri seperti kasut tumit tinggi jika dilihat daripada atas.

2. Wedges for dinner.
Sekarang kebanyakan wanita lebih gemar memilih kasut yang lebih selesa seperti wedges kerana boleh memakainya untuk jangka masa panjang dan tidak meletihkan. Untuk mencari wedges yang sesuai untuk padanan dinner agak sukar, namun anda harus pandai memilih dan jika sudah bertemu kasut pilihan hati dan sesuai pula dengan pakaian malam yang ada di wardrobe, anda tidak perlu berfikir panjang.
Tip mencari wedges untuk dinner :
1. Sekiranya merancang mencari kasut untuk dres pendek, cari wedges yang tapaknya lebih runcing, dengan rekaan atas bertali yang menarik, atau lebih elegan. Jika mencari klasik pumps, pilih stail yang lebih klasik dan sofistikated.
2. Cari wedges daripada jenis satin, suede atau baldu yang dipadan dengan kayu.


3. Dressy or strappy flat sandals
Letih bertumit tinggi? Yes, u can sometimes change to flat and this dressy or strappy flat sandals are not much differ from heels that you have. Flat sandals with skimpy straps and/or feminine embellishments are far more versatile than sporty stlyes, and they can be dressed up or down and work well with everything from jeans and casual skirts, dresses even shorts.
Tips memilih strappy flat sandals :
1. Pastikan memilih ikatan tali yang berstail dan ini memudahkan anda untuk memadankannya dengan pakaian yang lain.
2. Mentang-mentang ia kasut flat, tidak semestinya selesa. Pastikan anda betul-betul mencubanya dan jalan ke kawasan sekitar. Cari stail dengan strap di buku lali, tali-tali ini lebih selesa pada tempatnya berbanding di jari.
3. Untuk penampilan yang santai, tetapi tidak terlalu kasual, cuba cuba padankan strappy flat sandals dengan skirt kembang dan longgar.

Flat Sandals by Arturo Chiang - $49.99 (36% off)



4. Red Pumps Shoe
Kasut dinamik yang harus dimiliki dalam wardrobe setiap wanita. Kasut ini membuat kepala yang memandang berpusing, menyerap kuasa dan ciri feminin, dan kasut ini juga lebih bergaya daripada apa yang anda fikirkan.
Tip memilih heels merah :
1. Red pumps look great with any neutral shade, seperti hitam, kelabu, krim dan ia juga padanan yang berani untuk khaki atau taupe.
2. Classically-shaped pumps, di dalam sebarang warna, boleh disuaipadan dengan skirt, dres atau seluar pelbagai jenis, labuh atau gaya. Red pumps menyimpan semua rahsia glamor, power dan seksi.
3. Untuk gaya lebih berani, padankan hijau dengan red pumps. Namun pastikan ia hijau yang lebih kurang sama dengan merah dan padankan kemerahan kasut anda dengan aksesori yang anda pakai.
4. Untuk gaya elegan dan sofistaked, pilih pump stail dengan ketinggian 3-4 inci, dengan warna merah sebahagian gelap atau merah gelap.
5. Padankan red pumps dengan dres atau pakaian malam yang lebih gelap atau pekat.
6. Jika mahu sentuhan romantik, pilih jenis satin pumps dengan reben yang besar atau yang mempunyai batu permata. Sebarang warna merah adalah sesuai.
7. Gaya retro - dapatkan klasik merah warna terang dengan hadapan tertutup, tinggi dan tiada hiasan. Ia sesuai untuk dipadankan dengan apa sahaja daripada jeans hingga ke pensil skirt. large product image

5. Ankle Strap Sandals
Juga harus dimiliki. Nampak relaks namun tetap penuh gaya elegan.

Tip :
1. Sesuai untuk dress yang lebih ringkas dan tidak banyak batu permata
2. Lebih padan dengan kasual dress yang stail
3. Jika ketinggian satu masalah, cari ankle strap sandals yang lebih rendah sedikit agar kamu tidak mudah tersungkur bila bersamanya....


Nothing says





Monday, March 14, 2011

7 days, 7 ideas on shoes!


Wedges by STUART WEITZMAN




Maroon wedges to beat Monday Blues.



Sandals by MARC JACOBS





Turqoise sandals to keep up with back to back appointments.




Mary Janes by CHRISTIAN LAMBOUTIN



White Mary Janes to look more technocratic.





Heels by ZARA



Testing a pair of red strappy heels to look different on Thursday.





Pumps by FOREVER21



Floral pumps to be more feminine on Friday.  TGIF!





Boots by CHRISTIAN LAMBOUTIN



Suede grey fringe boots for a great hangout  with besties.




Slippers by CROCS



Sunny Sunday, a pair of slippers for a relaxing book day at the park!

BRTC BB Cream - For Blemish Skin




Menutup cela dengan sempurna...malahan, ia tidak memberikan kesan berminyak, wajah berkilat mahupun menambahkan masalah kulit yang sedia ada.  Itulah keistimewaan BRTC BB Cream untuk kulit bermasalah.  Ia adalah penyelesaian untuk kulit anda. 

Kami mencuba BB Cream ini untuk dua kondisi wajah iaitu 1) kulit berminyak dan senang berjerawat, dan 2) Kulit kering dan berpigmentasi.  Kedua-dua testimoni memberikan respon positif malahan sangat menggemari teksturnya yang mudah untuk disapu.

Namun, setiap produk pasti ada baik dan buruknya.  BB Cream ini tidak boleh diaplikasikan dua kali, iaitu selepas satu sapuan, anda mahu mengulangi untuk lapisan kedua, ia tidak akan rata dan membuatkan solekan berbelak, 'pecah' dan tidak rata.  Sekali sapuan dan ratakan, sudah mencukupi. 

Tetapi, penulis merasakan, sekiranya sapuan BB Cream tidak dimulakan dengan menyapu pelembap wajah terlebih dahulu, teksturnya akan menjadi kesat.  Dengan meratakan aplikasi pelembap wajah terlebih dahulu, sapuan BB Cream akan lebih menyenangkan, licin dan rata.

Sekiranya anda mempunyai kulit yang hanya mempunyai cela samar-samar dan tidak terlalu kronik, sapuan nipis sudah memadai dan ia menampakkan solekan anda begitu alami.  Namun, sekiranya wajah anda terlalu kronik dan parut berwarna kehitaman, anda harus menggunakan penyamar noda untuk membantu menampakkan solekan lebih rata.

Oh ya...bau farmaseutikal agak kuat pada mulanya, namun, ia hilang selepas beberapa minit.  Tetapi, bauan itu meninggalkan kesan psikologi positif iaitu kita merasakan wajah sedang dirawat sempurna.  Ya, ia positif dan positif sangat bagus untuk kecantikan! LOL...=)

Satu keistimewaan BRTC BB Cream ini adalah ia tetap kekal cantik biarpun kulit terdedah kepada mentari.  Ia akan meninggalkan sedikit warna merah jambu, nampak alami dan sedikit comel...*blush*

Di Malaysia, terdapat beberapa blog yang menjual BRTC secara online, namun harganya berlainan.  www.glossypot.com menawarkan harga RM85 + RM5 untuk kos penghantaran, dan ia adalah yang paling murah setakat ini. 

Sekiranya anda mahu mencari BB Cream lain dibawah jenama BRTC, sila klik www.brtcstore.com . 

***Rules of cleansing that you have to obey especially when you started on BB Cream...

Triple, double cleasing Beauties!  Refer to Kao Biore Cleansing Oil article for more information on perfect cleansing.
 

Blog Template by YummyLolly.com