Sunday, March 13, 2011

Kao Biore Cleansing Oil

Kulit yang sihat bermula daripada pembersihan yang menyeluruh.  Penggunaan alat solek serta perubahan cuaca, pasti sedikit-sebanyak memberikan kesan negatif kepada kulit.  Wajah yang mulus boleh diperolehi dengan mudah sekiranya sedikit masa diluangkan untuk mencuci sisa solekan, kotoran, habuk dan sebum berlebihan.  Jangan malas wahai jelita, kerana sekiranya wajah licin itu menjadi idamanmu, harus bermula daripada corak pembersihan serta produk yang dipilih.

Kao Biore Cleansing Oil, ia menjanjikan lebih daripada hanya mencuci solekan, sebum berlebihan dan maskara kalis air.  Malahan, ia menyegarkan dengan bauan epal hijau serta langsung tidak meninggalkan kesan berminyak.  Pasti ramai wanita was-was untuk mencubanya tambahan kerana tidak banyak promosi keatasnya, namun ia adalah produk No 1 di Jepun.  Ya, namanya juga Cleansing Oil, namun percayalah, ia tidak langsung memberikan minyak tambahan ke wajahmu. 

Anda tidak perlu membawa bebola kapas atau mencari plastik untuk membalut penutupnya kerana risau tertumpah, ia tercipta untuk dibawa kemana-mana.  Hanya picit sedikit minyak pembersih di telapak tangan, urut di wajah perlahan-lahan dan anda akan merasakan segala kotoran, minyak dan solekan hilang.  Selepas itu, hanya cuci dengan air bersih.  Ulang jika perlu.  

Testimonial produk ini kami cuba sendiri, dan sememangnya ia berkesan.  Namun, untuk maskara yang super tebal atau solekan yang berlapis-lapisan, produk ini mempunyai tekstur yang sangat ringan.  Ia tidak mampu untuk bekerja 'sekuat' itu dalam sekali bilas.  Jadi, apa yang perlu lakukan adalah 'triple cleansing' iaitu :
1. Bersihkan wajah dengan tisu basah atau tisu pembersih solekan terlebih dahulu.
2. Selepas itu, bersihkan sisa solekan dengan Kao Biore Cleansing Oil, ia meresap jauh ke dalam untuk proses pembersihan berkesan.
3. Kemudian, tamat proses pembersihan dengan sabun pencuci wajah.

Dengan harga kurang daripada RM12 di Watson's, pasti ia salah satu produk yang harus anda perolehi.  Namun, harus diingat bahawa setiap testimonial adalah mengikut jenis kulit masing-masing.  Kami mencuba ke atas kulit kombinasi dan kering.  Kedua-duanya tidak mengadu kulit merengsa atau berminyak.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com