Monday, January 7, 2013

Budget Budget Budget

Tips To Parents : How To Budget

Budget Budget Budget, anda suka atau tidak, anda kena buat kerana rumahtangga yang terurus sistem kewangannya adalah satu bahagian daripada 'nikmat'. Sama juga dengan bisnes yang berjaya, adalah bisnes yang kewangannya diurus dengan baik. Jika anda masih tidak mampu mengurus sistem kewangan keluarga dengan baik, maknanya anda belum mampu mengurus sistem kewangan perniagaan dengan baik.

Kenaikan harga barang semakin memeningkan. Segelas milo ais berharga RM 2. Kalau 2-3 tahun dahulu, nasi ayam atau nasi goreng boleh dibeli dengan harga RM 3.50 tetapi sekarang tidak lagi. Rata-rata makanan sepinggan berharga RM 4.50 ke atas. Mengambil nasi campur, lagi memeritkan. Bayangkan, sepinggan nasi dengan 1 lauk daging dan sayur boleh mencecah ke RM 8.(This is a real story because we just had our lunch at one of a restaurant in Shah Alam).

Kalau ke pasar basah untuk membeli barangan dapur , senang-senang boleh habis RM200. Kalau ke hypermarket, lagi cepat duit mengalir laju kerana macam-macam barang yang ingin dibeli. Barang masak, toiletories, barang keperluan lain dan ada kalanya barang-barang yang tidak diperlukan turut masuk senarai.

Start enjin kereta, bermakna ada kos tol dan minyak. So how to realy save in this nowadays tight budget?

Jika anda menerima gaji bulanan, dan anda mendapati gaji bulanan anda lebih sedikit daripada perbelanjaan, sesuatu perlu dilakukan. Jika anda bisnes, anda harus memikirkan modal pusingan,  membayar komisyen, kos operasi, menanggung kerugian aset beku, membayar sewa kedai, kalau bisnes online tentu ada kos juga seperti postage ataupun kos membeli barangan termasuk aset beku.

Suka atau tidak, sekarang adalah masa untuk berjimat. Kita tidak pasti apa akan jadi pada keadaan ekonomi seluruh dunia. Berjimat lebih awal membuatkan anda menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Lagipun 'membazir adalah amalan syaitan' dan kita harus elakkan pembaziran ini.

1) Orang kata simpan 20% daripada jumlah pendapatan anda ke dalam akaun ataupun investment yang menguntungkan dan duit ini tidak boleh dikeluarkan.
2) Walaupun tidak dapat menyimpan dengan banyak seperti 20% cuba sekurang-kurangnya sedikit sahaja daripada gaji anda walaupun RM 50-100 sebulan.
3) Jangan jangan jangan menggunakan kad kredit. Ianya akan membuatkan anda berbelanja lebih daripada kemampuan dan tambah sesak dengan interest yang dikenakan
4) Jangan juga menggunakan debit kad atau membawa debit kad anda bersama ketika keluar membeli-belah. Ia membuat anda merasa sentiasa ada wang untuk membeli lebih. Bawa tunai yang sedikit sahaja di dalam tas tangan anda dan kalau perlu tinggalkan ATM kad di rumah.
5) Bila dapat gaji, bayar dahulu semua hutang-hutang yang ada seperti kredit kad, duit rumah, duit kereta, baby sitter, transportation, bil elektrik, bil telefon atau bil Astro.
6)  Cara berjimat apabila membeli barangan dapur adalah dengan membuat senarai barangan masakan untuk seminggu terlebih dahulu dan senaraikan barangan keperluan tersebut. Jika tidak seminggu boleh shopping sebulan sekali sahaja dan top-up barangan yang tidak mencukupi di kedai yang lain. Selalunya jika anda membeli barangan secara sedikit sedikit di kedai yang kecil, anda akan terkejut melihat kos sebenar yang anda keluarkan sekiranya anda menyimpan bil-bil tersebut. Contohnya beras yang dibeli secara timbang lebih costly berbanding beras 5 atau 10 kilo.
7) Simpan bil-bil yang telah anda belanjakan selama sebulan, dan semak ia pada hujung bulan. Pasti anda terkejut dengan perbelanjaan di luar jangkaan anda seperti anda gemar minum milo dan telah menghabiskan sebanyak RM60 sebulan untuk milo sahaja atau anda sebenarnya telah menghabiskan RM 200 sebulan untuk ice-cream kegemaran anda. Mungkin boleh jadi juga anda telah menghabiskan sebanyak RM400 sebulan untuk pembelian 'top-up' telefon tanpa anda sedari, sedangkan lebih jimat jika anda menggunakan bil berbayar.
8) Beli barangan murah yang ditawarkan pada bulan tersebut, contohnya beras yang mendapat diskaun 20% namun jangan terpedaya sangat dengan tawaran ini kerana mungkin mereka menjual satu barangan sahaja pada harga murah dan menaikkan harga barangan yang lain. Jadi anda perlu sentiasa alert mengenai harga pasaran sesuatu barangan.
9) Untuk anak-anak jangan selalu ikutkan kehendak mereka dengan membeli apa yang mereka mahu sebaliknya nasihatkan anak sebaik sebelum anda keluar membeli-belah lagi supaya jangan mengamalkan tabiat buruk dengan meminta semua barangan mainan yang terdapat di pasaraya, dan tujuan keluar pada hari tersebut. Didik mereka dengan memotong elaun mereka sekiranya mereka berbelanja lebih daripada sepatutnya pada minggu tersebut.  Jika anda parents yang tegar, gesa anak untuk memperolehi pendapatan mingguan dengan menggalakan mereka melakukan kerja rumah untuk mendapatkan elaun harian. Ini membantu anak menilai wang sewaktu mereka masih kecil dan dalam masa sama mendidik mereka berdikari.
10) Untuk pakaian anak, tidak mesti beli yang mahal. Anak-anak cepat membesar dan pembaziran berlaku bila anda membiasakan mereka memakai jenama pakaian yang mahal. Namun untuk menyediakan beberapa pasang pakaian anak yang berjenama, itu tidak salah. Biasakan membeli sewaktu jualan murah dan adakalanya idea membeli barangan terpakai juga 'make sense' kerana banyak yang anda dapat jimatkan daripada situ.Satu lagi, ada 'parents' yang berkongsi tip bila mereka tidak mengasingkan baju tidur dan baju bermain kerana untuk anak mempunyai 20 helai baju 'bermain' dan baju tidur yang diulang pakai sebulan sebenarnya telah mencukupi.

Berjimat memang perkara paling menyakitkan, tapi jika anda tidak mula menabung sekarang, anda akan susah di kemudian hari.













0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com