Sunday, April 28, 2013

Non-Toxic Shampoo - For Safety Hair & Scalp




Non-Toxic Shampoo, produk bebas toxic, bersih dan selamat kerana dicipta drpd bahan2 natural yg dikenalpasti baik dan selamat utk tubuh; serta bebas drpd kandungan bahan kimia berbahaya SLS & lemak haiwan. Ia hasil karya saintis yg mengambil berat hal kesihatan & keselamatan pengguna. Awal pemakaian, ianya mampu menyingkir toxic yg terlekat pd rambut & kulit kepala, seterusnya mengurangkan kelemumur dan mengurangkan keguguran rambut. Penggunaan berterusan menguatkan daya tahan rambut, membuatkan rambut lebih bermaya, mudah diurus, rapi, tidak kembang dan bertambah cantik serta menyihatkan akar rambut supaya tumbuh lebih sihat, cantik menjadi ikal mayang. Produk ini nyata selamat digunakan, tidak pedihkan mata, selamat utk bayi dan kanak2 serta seisi keluarga, dan juga baik utk kesihatan rambut & tubuh secara keseluruhan.
Ianya sangat sesuai utk wanita bertudung kerana mengurangkan kerengsaan kulit kepala & mengatasi masalah keguguran rambut dan sgt berharga utk wanita yg mementingkan kecantikan rambut kerana rambut adalah mahkota wanita!
Agent seluruh Malaysia diperlukan. PM me.


Saturday, April 27, 2013

5 simple health tips

Love Lavender

To ease stress and prepare for bed, soak in a hot bath spiked with a few drops of lavender essential oil. Play soothing music while you bathe to unwind further.

Go for Garlic

Adding raw or lightly cooked garlic and onions to your meals may help keep you healthy. Both foods appear to possess antiviral and antibacterial properties and are believed to boost immunity.



Befriend a Bottle

For heel and arch pain, try stretching your foot by rolling it over a rolling pin or a bottle.

Eat Japanese Food

In addition to following good dental hygiene, you can help prevent cavities by adding more shiitake mushrooms and wasabi to your diet. Both foods contain compounds that help fight the bacteria that cause plaque and cavities
.
 

Watch Your Carbs

Trying to reduce belly fat? Pay attention to your carbohydrate intake and avoid artificial sweeteners. Sugary snacks and other refined carbs spike blood sugar and cause pounds to settle in your midsection. Choose whole grains, beans, and vegetables instead
 

Improve Memory



Sniff Rosemary

According to some research, catching a whiff of this aromatic herb may increase alertness and improve memory. To stay sharp, try smelling fresh rosemary or inhaling the scent of rosemary essential oil before a test or meeting

For nasal & chest problem - Use Ginger

Enjoy Ginger

The volatile oils in ginger have long made it a useful herbal remedy for nasal and chest congestion. Pour 2 cups of boiling water over a 1-inch piece of peeled, grated ginger; steep for 10 minutes; and strain. Add a pinch or two of cayenne pepper to the water and drink as needed.


Sunday, January 20, 2013

Beauty Taught - Beauty At Heart..

Wanita berlumba-lumba untuk cantik, tetapi kecantikan wanita yang sebenar adalah yang pertama pada hatinya dengan mempunyai nilai-nilai mulia- baik, tidak menganiaya, tidak cemburu, mengutamakan orang lain, dsb. Ia kemudian disulami dengan tutur kata dan perwatakan yang manis, bersopan dan berhemah

Lalu peribadi itu terhias indah dengan wajah yang cantik dan molek kerana wajah yang cantik molek sahaja bukan pakej lengkap untuk sebaik-baik wanita. Wanita yang dilahirkan cantik pula mempunyai tanggungjawab yang berat, dugaan yang besar dan jika ianya tidak dijaga dan dikawal, akan memusnahkan diri sendiri.

Tidak kira jenama make-up, pakaian atau aksesori, 'hati' yang cantik dan bersih adalah kecantikan sebenar-benar bagi seorang wanita untuk manusia yang tahu menilai...

Wednesday, January 9, 2013

Avoid Allergic - Test Your Product

We've found a good article at thedailygreen.com and would love to share the info with you beauties. 

# simple step by step instructions on how to perform a patch test on your skin to avoid allergic reaction to make-up.

 (Uji produk rangkaian peribadi anda sebelum membeli untuk mengetahui samada ianya serasi atau alergik dengan kulit anda ataupun tidak. )

 1. The Product

Request a free sample of a natural or organic beauty product made with vegetable-based ingredients.
If the retailer refuses to provide a sample, request a small amount in container. Explain that you would like to see if you are allergic to the product before buying it. Hint that you are interested in buying the product, and the retailer should oblige!
When making homemade beauty cosmetics, patch test all new ingredients by making a paste with a small amount of water and following the directions below.

(Dapatkan sampel produk dan nyatakan anda mahu menguji tahap alergik anda kepada produk yang ingin dibeli terlebih dahulu ataupun jika tiada sampel ambil amaun yang sedikit dan letak dalam bekas.)

2. The Prep
  • Wash a small area on the inside of your arm near your elbow. Wipe it clean.
  • Apply a small amount of the product using a spatula or dull table knife. Rub the product into your skin.
  • Cover the area of application with a waterproof adhesive bandage. Choose a bandage with adhesive area all around the edge, not just the sides. While not ideal, wear a long-sleeve shirt if you don't have an adhesive bandage instead.
(Sampai di rumah, basuh bersih lengan bahagian dalam siku, sapukan sedikit amaun produk dengan spatula (alat yang digunakan untuk menyucuk lidah oleh doktor), jika tiada gunakan sudu juga boleh, dan gosok produk tersebut pada kulit. Tutup kawasan tersebut dengan bandage kalis air, jika tiada pakai t-shirt lengan panjang. )
 
 
3. The Skin
  • Remove bandage or shirt after 24 hours.
  • If skin becomes irritated, pour whole milk over application area. The milk's fat will help to remove the product.
  • Examine skin for any redness, itching, or blemishes. These visible signs — plus any itchy or irritable sensations — indicate that you are allergic to something in the product.
  • If your skin is clear and comfortable, you're safe to use the product.
  • If you seem to be reacting to the product, you can either repeat the patch test to double-check, or take a single test as proof that the product is not right for you.
(Tanggalkan bandage selepas 24 jam. Jika kulit iritasi, tuangkan susu ke atasnya. Jika kulit anda kemerah-merahan, gatal-gatal, maknyanya anda tidak serasi dengan produk tersebut. )

Future Considerations

  • Take note of the product's active ingredients, which are always listed first. You may be allergic to one of these ingredients.
  • Research active ingredients on the Environmental Working Group's Skin Deep Cosmetic Safety Reviews Database for further information that may shed some light on your reaction.
  • If you do have an allergic reaction, avoid using products listing potentially irritating ingredients.
  • Take note of the brand, which may use the same active ingredients throughout all products.

Monday, January 7, 2013

Secret On Reduce Weight

Secret or Reality?

Secret is not really a secret but do you notice beauties, to actually reduce weight, a very hard way but efficient to do is 'exercise'. Other than you get your slimmer bodies back, you are also bless with a good health.

To support your hardest exercise activities as ruitine to do, here a simple but also a difficult tip to follow for someone :

1) Drink lots of mineral water. Y? because mineral makes your metabolism faster and it actually flush away a bad toxic from  food that we took everyday. Ia juga memudahkan sistem pelawasan setiap hari.
2) Avoid carbohidrat yang banyak seperti nasi dan roti.

 3) Some goes to slimmer center, it is good for those who discipline enough. You can try your luck.
4) People say, your junk food between meals is only fruits and cookies
5) Memakai gurdle is one of effective ways to get figure glass look. We got friend who wear good quality gurdle and she maintain her look like 20 years ago...............y not? Gurdle yang baik adalah daripada jenama Beautiful, Cosry dan Splandex
6) By walking walking walking at least 30 minutes a day and stairs climbing to firm your muscle.
7) Aerobic or dancing twice a week is a good and interesting hobbies to follow. Yoga sebelum ia menjadi isu adalah 'rahsia' pengekalan berat badan yang unik.
8) Lakukan senaman di atas katil sebaik bangun dari tidur dengan sit-up dan senama kaki ibarat mengayuh basikal ke atas (trust us this is a really good way to reduce your bump)
9) Do not take heavy meal at night of course
10)And for married couples, sex is the best way to get a good body shape.

All the best beauties!

Budget Budget Budget

Tips To Parents : How To Budget

Budget Budget Budget, anda suka atau tidak, anda kena buat kerana rumahtangga yang terurus sistem kewangannya adalah satu bahagian daripada 'nikmat'. Sama juga dengan bisnes yang berjaya, adalah bisnes yang kewangannya diurus dengan baik. Jika anda masih tidak mampu mengurus sistem kewangan keluarga dengan baik, maknanya anda belum mampu mengurus sistem kewangan perniagaan dengan baik.

Kenaikan harga barang semakin memeningkan. Segelas milo ais berharga RM 2. Kalau 2-3 tahun dahulu, nasi ayam atau nasi goreng boleh dibeli dengan harga RM 3.50 tetapi sekarang tidak lagi. Rata-rata makanan sepinggan berharga RM 4.50 ke atas. Mengambil nasi campur, lagi memeritkan. Bayangkan, sepinggan nasi dengan 1 lauk daging dan sayur boleh mencecah ke RM 8.(This is a real story because we just had our lunch at one of a restaurant in Shah Alam).

Kalau ke pasar basah untuk membeli barangan dapur , senang-senang boleh habis RM200. Kalau ke hypermarket, lagi cepat duit mengalir laju kerana macam-macam barang yang ingin dibeli. Barang masak, toiletories, barang keperluan lain dan ada kalanya barang-barang yang tidak diperlukan turut masuk senarai.

Start enjin kereta, bermakna ada kos tol dan minyak. So how to realy save in this nowadays tight budget?

Jika anda menerima gaji bulanan, dan anda mendapati gaji bulanan anda lebih sedikit daripada perbelanjaan, sesuatu perlu dilakukan. Jika anda bisnes, anda harus memikirkan modal pusingan,  membayar komisyen, kos operasi, menanggung kerugian aset beku, membayar sewa kedai, kalau bisnes online tentu ada kos juga seperti postage ataupun kos membeli barangan termasuk aset beku.

Suka atau tidak, sekarang adalah masa untuk berjimat. Kita tidak pasti apa akan jadi pada keadaan ekonomi seluruh dunia. Berjimat lebih awal membuatkan anda menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Lagipun 'membazir adalah amalan syaitan' dan kita harus elakkan pembaziran ini.

1) Orang kata simpan 20% daripada jumlah pendapatan anda ke dalam akaun ataupun investment yang menguntungkan dan duit ini tidak boleh dikeluarkan.
2) Walaupun tidak dapat menyimpan dengan banyak seperti 20% cuba sekurang-kurangnya sedikit sahaja daripada gaji anda walaupun RM 50-100 sebulan.
3) Jangan jangan jangan menggunakan kad kredit. Ianya akan membuatkan anda berbelanja lebih daripada kemampuan dan tambah sesak dengan interest yang dikenakan
4) Jangan juga menggunakan debit kad atau membawa debit kad anda bersama ketika keluar membeli-belah. Ia membuat anda merasa sentiasa ada wang untuk membeli lebih. Bawa tunai yang sedikit sahaja di dalam tas tangan anda dan kalau perlu tinggalkan ATM kad di rumah.
5) Bila dapat gaji, bayar dahulu semua hutang-hutang yang ada seperti kredit kad, duit rumah, duit kereta, baby sitter, transportation, bil elektrik, bil telefon atau bil Astro.
6)  Cara berjimat apabila membeli barangan dapur adalah dengan membuat senarai barangan masakan untuk seminggu terlebih dahulu dan senaraikan barangan keperluan tersebut. Jika tidak seminggu boleh shopping sebulan sekali sahaja dan top-up barangan yang tidak mencukupi di kedai yang lain. Selalunya jika anda membeli barangan secara sedikit sedikit di kedai yang kecil, anda akan terkejut melihat kos sebenar yang anda keluarkan sekiranya anda menyimpan bil-bil tersebut. Contohnya beras yang dibeli secara timbang lebih costly berbanding beras 5 atau 10 kilo.
7) Simpan bil-bil yang telah anda belanjakan selama sebulan, dan semak ia pada hujung bulan. Pasti anda terkejut dengan perbelanjaan di luar jangkaan anda seperti anda gemar minum milo dan telah menghabiskan sebanyak RM60 sebulan untuk milo sahaja atau anda sebenarnya telah menghabiskan RM 200 sebulan untuk ice-cream kegemaran anda. Mungkin boleh jadi juga anda telah menghabiskan sebanyak RM400 sebulan untuk pembelian 'top-up' telefon tanpa anda sedari, sedangkan lebih jimat jika anda menggunakan bil berbayar.
8) Beli barangan murah yang ditawarkan pada bulan tersebut, contohnya beras yang mendapat diskaun 20% namun jangan terpedaya sangat dengan tawaran ini kerana mungkin mereka menjual satu barangan sahaja pada harga murah dan menaikkan harga barangan yang lain. Jadi anda perlu sentiasa alert mengenai harga pasaran sesuatu barangan.
9) Untuk anak-anak jangan selalu ikutkan kehendak mereka dengan membeli apa yang mereka mahu sebaliknya nasihatkan anak sebaik sebelum anda keluar membeli-belah lagi supaya jangan mengamalkan tabiat buruk dengan meminta semua barangan mainan yang terdapat di pasaraya, dan tujuan keluar pada hari tersebut. Didik mereka dengan memotong elaun mereka sekiranya mereka berbelanja lebih daripada sepatutnya pada minggu tersebut.  Jika anda parents yang tegar, gesa anak untuk memperolehi pendapatan mingguan dengan menggalakan mereka melakukan kerja rumah untuk mendapatkan elaun harian. Ini membantu anak menilai wang sewaktu mereka masih kecil dan dalam masa sama mendidik mereka berdikari.
10) Untuk pakaian anak, tidak mesti beli yang mahal. Anak-anak cepat membesar dan pembaziran berlaku bila anda membiasakan mereka memakai jenama pakaian yang mahal. Namun untuk menyediakan beberapa pasang pakaian anak yang berjenama, itu tidak salah. Biasakan membeli sewaktu jualan murah dan adakalanya idea membeli barangan terpakai juga 'make sense' kerana banyak yang anda dapat jimatkan daripada situ.Satu lagi, ada 'parents' yang berkongsi tip bila mereka tidak mengasingkan baju tidur dan baju bermain kerana untuk anak mempunyai 20 helai baju 'bermain' dan baju tidur yang diulang pakai sebulan sebenarnya telah mencukupi.

Berjimat memang perkara paling menyakitkan, tapi jika anda tidak mula menabung sekarang, anda akan susah di kemudian hari.













Saturday, January 5, 2013

Mekap Spring 2013

Koleksi Mekap 2013/Spring 2013 - Lebih Blueish, Lebih Pinkish, Lebih Kontemporari

Dihujani warna-warna Spring 2013 menjadikan hari-hari anda meriah dengan koleksi warna-warna segar yang tidak sekalipun menjemukan.

Double Wear

Estee Lauder, Michael Kors Eye-Liner, one of the best for Spring 2013.
Untuk menjadikan mata lebih biru, gunakan Shiseido Luminizing Satin Face Color dalam jumlah yang terang sebelumnya sapukan basis rona yang sangat putih, dan sapukan maskara hitam 

pekat.


 Pure ColorLimited Edition, Pure Color by Estee Lauder memenuhi citarasa pelbagai rona untuk mata anda sekaligus membuatkan anda sangat up-to-date dengan warna Spring 2013.

DayWearEstee Lauder Day Wear BB Cream, ini untuk keselesaan dan menjadikan mekap lebih tahan lama.

Koleksi dari Lancome Make-up Spring 2013 is something you shouldn't miss out too. They call the collection as Lancome In Love Collection.

image002

Lancome in Love menyajikan warna-warna pinkish segar dan kontemporari.

Yang paling best adalah koleksi lipstiknya Baume In Love :

 lipstick


 Blush in Love 
 blusher



Dewi Misk Splash of Freshness koleksi patut ada untuk membuat kulit wajah sentiasa berseri, lembut dan segar selepas setiap solekan. Harga pasaran RM 75.00



LANCÔME_DEWY_MIST


Satu lagi yang tidak boleh ketinggalan adalah koleksi BB Cream daripada Lancome yang mempunyai SPF 50 ternyata sesuai untuk mengelak kepanasan cahaya matahari di bumi Malaysia ini. Ianya mudah diisi di dalam tas tangan dan sangat ringan untuk dibawa ke mana sahaja.



bb cream


Untuk lipstik, boleh dapatkan daripada MAC inspired by Lady Gaga, Pink Nouveau, atau MAC Rooby Woo inspired by Gwen Stephanie, MAC Hue inspired by Taylor Swift


MAC Pink Nouveau Lipstick on Lady Gaga    MAC Ruby Woo Lipstick on Gwen Stefani     MAC Hue Lipstick on Taylor Swift
Lady Gaga           Gwen Stephanie      Taylor Swift


Dior Addict Lipstick in 437 Charmante


Yang terbaik untuk Spring 2013 juga adalah koleksi Dior Addict Lipstick in 437 Chamante

Mekap Tahan Lama

Cara Mekap Tahan Lama

1) Cuci muka dengan bersih menggunakan cleansing milk, cleanser
2) Sapukan toner pada wajah agar kulit sentiasa lembap dan tidak kering
3) Letakkan moisturizer (pelembap) untuk menahan daripada cahaya matahari dan pilih pelembap yang mempunyai SPF lebih daripada 40
4) Sapukan liquid foundation secara rata pada kulit wajah layer by layer/ selapis demi selapis bukan terus tompokan tebal
5) Sapukan concealer untuk litupi kulit cela
5) Litupi kulit dengan bedak asas untuk mengimbangi kilat pada kulit wajah
6) Jika rajin gunakan loose powder untuk menambah kemas solekan
7) Mulakan dengan warna asas pada eye-shadow yang selalu terdiri daripada putih atau krim, kemudian letakkan warna pelengkap kepada warna asas yang lebih cerah seperti biru terang, kemudian gelapkan ia dengan warna coklat atau hitam
8) Calitkan eye-liner dari jenis waterproof
9) Lentikkan mata dengan maskara waterproof
10) Pilih pewarna pipi yang sesuai dengan rona kulit dan sesuai ikut tema
11) Lipstik pilih daripada jenis matte untuk tahan lama dan sapukan lip liner di kawasan tepi bibir dan sedikit dalam bibir agar kesannya lebih lama

* Tip mudah: sekiranya anda tidak menyapu foundation dengan rata, mekap anda akan cepat hilang/cair

Tip solekan lain 

- solekan agar tahan lama daripada Zoeyzauyah.blogspot

http://zoeyzauyah.blogspot.com/2012/04/tips-nak-bagi-mekap-tahan-lama-cara.html

Tukar Dan Daftar Sekolah

Tip Pertukaran dan Pendaftaran Sekolah Anak

Hi Beauties... Untuk beauties yang mempunyai anak dan tidak pernah berpengalaman mendaftar atau menghantar mereka ke sekolah, kami ingin berkongsikan sesuatu dengan anda. And for beauties yang tidak mempunyai kediaman yang tetap seperti masih menyewa anda terpaksa melalui pengalaman penukaran sekolah anak yang memerlukan sedikit konsentrasi anda. 

Tip Perbelanjaan : 
1) Penghantaran sekolah anak bergantung kepada potensi diri anak dan apa yang anda inginkan daripada anak. Jika menguasai Bahasa Inggeris atau Matematik, anda sudah perlu kenalpasti tadika yang menyediakan pembelajaran Bahasa Inggeris atau Matematik yang bagus. Jika menguasai Bahasa Arab atau aliran agama, atau Bahasa Cina, anda juga sudah perlu mengenalpasti tadika yang menyediakan perkhidmatan ini. Perancangan awal perlu supaya anda mempunyai cukup budget dan mempunyai perancangan tersusun untuk setiap anak anda. 
2) Mempunyai tabung simpanan seawal usia anak masih bayi atau setahun adalah baik sebagai langkah awal persediaan mereka ke sekolah. 
3) Jika anda merancang Pra-Sekolah untuk anak anda,  pastikan mereka mendaftar awal kerana Pra-Sekolah kerap penuh.

Tip Pendaftaran Sekolah Anak Di Daerah Selangor :

Pendaftaran Internet
  1. Lawati laman web rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor <http://www.moe.gov.my/jpnselangor/v3/> untuk menghantar maklumat peribadi anak anda.  (Pastikan anda tidak menunda pendaftaran).
  2. Pastikan anda telah membaca ‘PENGENALAN SISTEM‘ dan ‘TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN‘ sebelum anda meneruskan dengan pendaftaran.
  3. Setelah membaca maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan kesalahan, anda bolehlah meneruskan untuk mendaftar menggunakan ‘Borang Permohonan ONLINE‘ untuk mendaftar secara online.
  4. Setelah semua langkah disiapkan, anda boleh menunggu keputusan penempatan akan diumumkan dengan melawat ‘SEMAKAN STATUS PENEMPATAN MURID‘. Anda hanya akan perlu untuk menaipkan nombor MyKid anak anda. 
  5. Setelah mengisi borang secara online, anda perlu melawat sekolah yang telah didaftarkan. Dokumen berikut diperlukan jadi bawa sekali salinan asli dan juga fotokopi  
Cetak borang pendaftaran online
  1. Bil daripada alamat yang digunakan (bil telefon, air atau tenaga)
  2. Sijil kelahiran anak anda
  3. Kad MyKid
  4. Kad pengenalan anda (ayah dan ibu)
  5. Sijil perkahwinan
  6. Kembali sampul surat (sampul surat dengan alamat berdaftar bertulis dan ditampal setem)
  7. Yuran RM 10.00 bergantung kepada sekolah 

 Tip Perpindahan Sekolah Anak Yang Telah Didaftarkan Ke Sekolah Lain 
1) Berjumpa dengan pihak sekolah anak terlebih dahulu untuk mengecop sijil kelahiran (sekiranya pendaftaran tahun pertama untuk anak). Untuk Darjah Satu ke atas, perlu ke sekolah untuk dapatkan fail peribadi murid, proses pemulangan atau peminjaman buku teks, surat pertukaran sekolah yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. 
2) Hadirkan diri ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk menghantar borang permohonan tersebut dan bagi mendapatkan pengesahan pendapatan. Anda akan diminta untuk hadir sekali lagi bagi mengambil keputusan penempatan.
3) Hadir ke sekolah anak dengan membawa dokumen diperlukan iaitu, sijil kelahiran, surat beranak anak, surat beranak ibu bapa, sijil kahwin ibu bapa, kad pengenalan anak atau MYKid, kad pengenalan ibu bapa, fail peribadi murid, surat pengesahan daripada Pejabat Pendidikan Daerah dan bil alir, elektrik atau tenaga. Satu salinan fotokopi turut diperlukan untuk setiap dokumen.  

[Disclaimer: Sila selalu semak maklumat dengan laman rasmi untuk maklumat terkini. Pihak kami  tidak bertanggung jawab terhadap semua perubahan atau kesalahan yang dibuat pada artikel ini.]

How To Budget For Your School Kids (First Day At School)

Morning beauties ! Beauty comes from heart so anybody who read this entry is beauty for us...

My First Day At School - for children

Kami ingin berkongsi sedikit pengalaman yang diperolehi sewaktu pertama kali menghantar anak yang masuk ke Darjah Satu untuk sesi persekolahan 2013. Ianya sangat meletihkan and most parents love to take leave just to assure their children are in a good condition especially the moms.

Kalau anak yang sudah pernah melalui Pra-Sekolah atau Tadika sebelum ini, tidak akan mempunyai masalah
untuk menyesuaikan diri pada hari pertama mereka. Cuma tugas parents adalah memastikan mereka 'faham' dan 'tahu' mengenai perubahan persekitaran tempat pembelajaran mereka seperti di mana letak kelas, bagaimana membeli dan makan di kantin, bagaimana membeli makanan menggunakan duit belanja yang diberikan, pukul berapa masuk kelas, mengingatkan nama kelas, bagaimana ke tandas, apa perlu dilakukan sebaik sampai sekolah dan bagaimana untuk pulang sekolah.

Kebanyakan parents susah hati dan risau dengan perkembangan anak mereka kerana khuatir anak mereka tidak dapat menyesuaikan diri. Di sini terletaknya kecekapan guru yang memastikan murid-murid ini terkawal dan parents harus menyerahkan sedikit kepercayaan itu kepada guru yang dipertanggungjawabkan. 

Keadaan menjadi sedikit rumit bila anak-anak ini terpaksa menaiki bas ataupun van pengangkutan di mana parents kena guide mereka untuk mengenali van ataupun bas yang dinaiki dan supaya mereka menepati masa dan tidak ketinggalan pengangkutan ini. Untuk anak-anak yang biasa berdikari, tempoh sehari-dua hari sudah memadai untuk mereka faham kesemua perubahan-perubahan ini.

Satu lagi perkara yang perlu diuruskan parents secara terperinci adalah mengenai yuran, buku teks, keperluan ko-kurikulum, buku latihan, buku aktiviti dan buku teks pilihan.

Tip perbelanjaan : 
1) Untuk parents yang makan gaji, selalunya gaji bulan November adalah untuk membeli barangan keperluan sekolah seperti pakaian, kasut, alat-tulis
2) Gaji bulan Disember adalah untuk proses urusan kemasukan anak termasuk buku teks, barangan ko-kurikulum, buku latihan, buku aktiviti 
3) Ada juga parents yang meminta ehsan daripada sekolah untuk melanjutkan tempoh pembayaran yuran tahunan anak-anak mereka hujung bulan setelah mendapat bayaran gaji bulan Januari dan ini tergantung kepada budi bicara pihak sekolah. 
4) Sekiranya anak anda belajar di KAFA atau sekolah agama pilihan, yuran dibayar secara tahunan atau bulanan. Sekiranya anda, tidak berfikir untuk berpindah rumah dalam tempoh setahun, elok anda membayar yuran penuh setahun, namun sekiranya tidak pasti mengenai lokasi perumahan seterusnya, sebaik-baiknya anda membayar yuran secara bulanan. 

Tip Pembelian Barangan Keperluan Sekolah :
1) Selalunya sekolah menyediakan koperasi yang telah mempunyai senarai buku latihan, aktiviti dan keperluan seperti tali leher, lencana, tanda nama yang perlu dibeli. Namun parents harus bijak mengenalpasti senarai ini kerana bukan semua senarai yang terkandung di dalamnya 'perlu' dibeli. Contohnya : Buku Pilihan adalah senarai buku yang tidak digunakan di dalam kelas tetapi adalah untuk anak-anak membuat latihan di rumah. Ianya tidak semesti dibeli atau boleh dibeli secara berperingkat mengikut keperluan anak.
2) Pastikan buku yang dibeli di koperasi harganya lebih murah daripada yang terdapat di pasaran
3) Untuk elak pembaziran, periksa buku yang pernah digunakan oleh anak anda sebelum ini yang boleh digunapakai sekali lagi oleh anak seterusnya
3) Buku teks diberikan secara percuma
4) Pakaian ko-kurikulum tidak semestinya dibeli mengikut logo sekolah, ada kalanya harga di luar lebih murah dengan apa yang ditawarkan oleh koperasi atau sekolah. Anda boleh membuat pengecualian pembelian seluar senaman dengan mendapatkannya di sekolah
4) Terdapat segelintir perbelanjaan seperti alatan muzik, buku muzik yang tidak perlu dibeli terlebih dahulu kerana ia bergantung kepada bila alat-alat ini akan digunakan

Kami mengalu-alukan sekiranya anda ingin berkongsi tip pengalaman hari pertama anak anda ke sekolah untuk dikongsikan dengan para pembaca.



 

Blog Template by YummyLolly.com